Telur Kukus

Ramuan / Bahan

4 biji telur ayam
1 telur masin
1 telur seabad (bila dah rebus telur tu warna hitam)
sedikit garam
lada sulah
daun sup
daun bawang
1 cawan air panas

Cara-cara

Telur masin, telur seabad dan 1 lur ayam direbus keras. Kopek kulit setelah direbus dan dipotong kiub kecil. 3 biji telur ayam tadi di pecahkan dan dikacau rata bersama air panas dimasukkan sedikit demi sedikit. Masukkan lada sulah, garam daun sup dan daun bawang.Akhir sekali masukkan telur2 yang telah direbus dan dipotong kiub kacau rata. Sebelum di kukus masukkan minyak 2-3 titik dan dikacau rata sekali lagi. kukus selama 10-15 minit.