Telur Itik Lemak Cili Api

Ramuan / Bahan

6 biji telur itik
1 mangkuk pati santan
1 batang serai - dititik
10 biji belimbing - dititik
Serbuk kunyit Bahan tumbuk:
10 biji cili api
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Sedikit air
Garam

Cara-cara

Masukkan bahan tumbuk, santan pekat serbuk kunyit & serai ke dalam periuk. Reneh atas api perlahan.

Masukkan sedikit air agar kuah tidak terlalu pekat.

Pecahkan telur itik ke dalam periuk satu persatu - jangan sampai kuning telur pecah.

Tambah garam dan belimbing. Kacau jangan sampai pecah minyak.

Sedia untuk dihidang.