Telur Dadar Biasa

Ramuan / Bahan

3-4 biji telur (dipukul)
Garam & lada sulah secukup rasa
1 biji bawang besar (dibelah dua & hiris tipis)
2 batang lada hijau (dihiris menyerong & dibuang bijinya) 1 batang lada merah (dihiris menyerong & dibuang bijinya)
2 camca marjerin/minyak sayur-sayuran

Cara-cara

Campukan bahan-bahan yang telah dihiris.Simpan 1/3 daripada campuran itu. Masukkan selebihnya ke dalam telur yang telah dipukul.Pijarkan lemak atau minyak di atas api yang kecil.Apabila telah masak. Masukkan campuran telur itu.Sedengkan kualinya biar merebak rata-rata.Apabila hampir masak,taburkan campuran yang telah yang telah disimpan tadi tadi ke atasnya.Biarkan hingga masak. Apabila bahagian bawahnya.telah masak tetapi belum kuning. Balikkan telur dadar itu dengan berhati-hati. Masakkan dengan cara yang sama & angkat dari kuali dengan berhati-hati supaya tidak pecah.Dibelah-belah & dihidangkan dengan segera, Bersama-sama sos jika suka.