Telur Dadar Berlapis

Ramuan / Bahan

2 – 3 butir telur
½ ulas bawang besar (dihiris)
Sebatang cili merah (dihiris kasar)
Sebatang cili hijau (dihiris kasar)
3 sudu tepung jagung (bancuh dengan ¼ cawan air)
Garam secukup rasa
Lada sulah
4 sudu besar minyak masak

Cara-cara

Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Pukulkan. Masukkan bawang besar, cili merah dan cili hijau sekali. Kacau hingga sebati. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung, garam secukup rasa dan lada sulah. Kacaukan.

Panaskan minyak di dalam kuali. Tunggu hingga betul-betul panas. Selepas itu, masukkan bahan-bahan tadi ke dalam kuali. Apabila telur di bahagian bawah kuali hampir masak, angkatkan sedikit (berhati-hati agar telur dadar tidak pecah) agar telur yang belum masak di bahagian atas mengalir keluar ke bawah. Hasilnya, telur itu menjadi kembang dan berlapis-lapis. Apabila telur dadar bahagian bawah digoreng garing dan telur dadar bahagian atas kering airnya, terbalikkan telur itu agar bahagian bawah dan atas sama garing. Selepas itu, potong telur dadar dengan menggunakan sudip, angkat telur dadar itu dan hidangkan panas-panas.