Telur Dadar Berempah

Ramuan / Bahan

4 biji telur
1 sudu teh ketumbar biji
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia
Sedikit daun sup dan daun bawang 1 labu bawang besar (potong dadu)
1 biji cili merah (mayang nipis)
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu teh kicap
Garam secukupnya
Sedikit minyak

Cara-cara

Tumbuk lumat ketumbar biji, bawang merah, bawang putih dan halia.
Pecahkan telur dalam mangkuk, masukkan bahan tumbuk, daun sup dan daun bawang, bawang besar, cili, kicap dan garam secukup rasa.
Pijarkan minyak hingga panas, tuangkan adunan telur kedalam kuali,kecilkan api dan tutup.
Apabila permukaan sudah masak, balikkan telur. Berhati-hati agar tidak pecah dan tutup sekali lagi. Biar hingga betul-betul masak, potong-potong dan angkat. Hidangkan panas-panas.