Telur Conggo

Ramuan / Bahan

3 bj telur
1 bj bawang besar
10 bj cili api(ikut tahap pedas yg digemari)
4 ulas bawang putih
3 sudu besar kicap manis
secubit garam
minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1.Hiris cili api kecil-kecil.
2.Bawang putih dicincang halus.
3.Bawang besar dihiris nipis.
4.Pijar minyak,tumiskan bahan2 tadi.Apabila kuning keemasan,pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuali yang sama.
5.Tabur garam ke atas telur dan tuangkan kicap manis.Balikkan telur,siap.