Telur Bungkus Seafood

Ramuan / Bahan

Bahan A
udang sederhana besar 5 ekor
sotong 5 ekor( kerat 4 )
kacang panjang 3 batang( racik sederhana )
asparagus 5 btg ( kerat 3 dan ambil btg yg lembut sahaja
bawang besar ( dadu )
Bahan B
Bawang putih 3 ulas ( cincang )
kiub tomyam ( sesedap rasa )

Bahan C
Telur 5 biji
garam
lada sulah
susu segar

Cara-cara

Tumis bahan B , setelah wangi masukkan Bahan A....gaul mesra kemudian angkat.

Selepas itu Campurkan semua bahan c dan dan bancuh hingga sebati.

Panaskan minyak satu sudu makan kemudian goreng dadar bahan c dan masukkan bahan A tadi dan lipat dua , kemudian angkat dan sedia dihidangkan...