Telur Bungkus Kacang Panggang

Ramuan / Bahan

3 biji telur
1 tin kacang panggang
2 biji bawang merah (dicincang)
Cili padi (jika suka)
1 biji bawang besar ( potong dadu) 3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar cili boh
Daun sup / bawang
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga layu. Masukkan cili boh & tumis hingga garing. Masukkan kacang panggang & daun bawang. Masak sehingga agak-agak kering. Angkat & ketepikan. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Dadarkan telur & masukkan inti yang telah siap dimasak tadi. Lipat & angkat. Enak dimakan semasa masih panas.