Sup Telur Dengan Suhun

Ramuan / Bahan

5 biji telur
5 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang Putih
Sedikit Halia
1 bungkus sup bunjut
Bunga lawang
Buah pelaga
Kulit Kayu manis Suhun - direndam
Ubi kentang
Tauhu pucuk-direndam
air secukupnya
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
sedikit bawang goreng
daun bawang
daun saderi

Cara-cara

Bawang merah,halia dan bawang putih ditumbuk halus.Ubi kentang dibelah 4.Panaskan minyak tumis bunga lawang buah pelaga dan kulit kayu manis kemudian masukkan bahan tumbuk kacau hingga naik bau dan garing sedikit masukkan air.Masukkan sup bunjut tadi,garam,serbuk perasa,suhun,tauhu pucuk dan ubu kentang.Bila mendidih pecahkan telur satu demi satu ke dalam periuk.Pastikan telur yg dipecahkan terbentuk dahulu sebelum pecahkan telur yg kedua dan seterusnya Kacau perlahan-lahan.Bila ubi kentang dah empuk tutup api.