Sup Telur Berlada

Ramuan / Bahan

3 biji telur mentah
1 sudu besar lada hitam -dikisar halus(mengikut pilihan)
½ inci halia-dikisar halus
1 ulas bawang putih- dikisar halus
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-cara

Tumis bahan yang telah dikisar halus sehingga naik bau dan kemudian masukkan lebih kurang 3 cawan air ke dalam periuk dan tunggu sehingga mendidih.
Setelah itu, pecahkan telur satu persatu ke dalam air yang mendidih.Tunggu sehingga telur ayam itu timbul di permukaan, dan kemudian tambahkan garam secukup rasa.Sedia untuk dihidangkan.