Serunding Telur Segera

Ramuan / Bahan

3 biji telur
1 sudu cili giling
Garam
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit serbuk perasa
Minyak untuk memasak

Cara-cara

Pukul telur, campurkan serbuk perasa, garam dan lada putih.
Panaskan minyak masak(bergantung pada banyaknya telur,jangan terlalu banyak). Tumiskan cili giling dan masukkan telur yang telah dipukul perlahan-lahan. Kacau telur sehingga kering.
Angkat dan hidangkan.