Sandwich Telor Cili Api

Ramuan / Bahan

(Bahan A)
Cili Api (dihiris nipis)
Bawang Besar 1 ulas (dicincang halus)
Kacang Panjang 5 batang (dihiris)
Sardin 1 tin besar (buang airnya)
Garam secukup rasa (Bahan B)
Telor 5 biji.
Mayonis.
Minyak 4 sudu besar.

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. tumiskan bawang dan cili api. masukkan sardin dan hancurkan. Masukkan garam. api perlahan. ketepikan.

Panaskan kuali dan masukkan minyak. masukkan satu persatu telur dan hancurkan. biarkan kering sedikit.kemudian masukkan semula bahan sardin yang telah dimasak tadi. gaulkan.

masukkan kedalam bekas atau pinggan dan campurkan mayonis dan gaul sebati.