Sambal Telur Pecah

Ramuan / Bahan

BAHAN A:
10-15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar (saiz sederhana)
2-3 ulas bawang putih
1 ½ inci belacan
BAHAN B:
4-5 biji telur ayam
3 sudu makan minyak masak
Air asam jawa
Garam dan perasa

Cara-cara

1. Kisar Bahan A sehingga betul-betul hancur.

2. Panaskan minyak di dalam kuali

3. Setelah minyak agak panas, tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Kacau sentiasa sehingga hampir garing.

4. Masukkan air asam jawa secukupnya dan kacau lagi sehingga terbit minyak.

5. Pecahkan telur satu persatu di dalam sambal. Jangan kacau dahulu, tunggu sehingga telur putih separuh masak.

6. Kacau sambal berkenaan dengan berhati-hati. Pastikan kuning telur tidak pecah.

7. Masukkan garam dan perasa secukupnya (jika tidak suka guna perasa, boleh digantikan dengan gula)

8. Setelah kuning telur masak dan disesuaikan dengan rasa, bolehlah diangkat.

8.