Mekar Pucuk Rebung Bersos Telur

Ramuan / Bahan

2 biji lada benggala hijau
2 biji lada benggala merah
2 biji lada benggala kuning
3 camca besar minyak
Sedikit garam Bahan sos:-
6 camca besar mayonis
1 biji limau nipis, diparut
2 biji telur. direbus, diasingkan putih dan kuningnya
1 camca besar hirisan parsli
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

Cara-cara

Gaul mayonis bersama parutan kulit limau dan kuning telur di dalam mangkuk kecil. Cincang putih telur rebus ke dalam bancuhan mayonis. Kacau rata. Akhir sekali masukkan parsli, garam dan serbuk lada hitam. Hidangkan bersama lada benggala panggang.