Masak Lemak

Ramuan / Bahan

2 biji telur (direbus keras)
6 mm kunyit
3 ulas bawang merah
2 biji cili merah
4 biji cili hijau
1 batang serai 1 helai daun kunyit
½ biji kelapa santan
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
1 biji cili merah untuk hiasan

Cara-cara

Sediakan bahan-bahan. Kupas kulit telur & potong dua memanjang. Kupas bawang,buang biji cili & basuh. Belah dua cili hijau. Tumbuk kunyit kering,bawang & cili merah hingga lumut. Titik serai. Perah 375 ml santan.
Masukkan telur. Campurkan bahan-bahan yang ditumbuk dengan santan,serai,daun kunyit & asam gelugur dalam belanga/periuk. Biarkan mendidih perlahan-lahan serta kacau sekali-sekala. Apabila mendidih,masukkan telur yang dipotong dua memenjang & cili hijau. Bubuh garam secukup rasa. Biarkan ia mendidih sekecap sahaja & hidangkan.Hiaslkan dengan cili yang telah dilenturkan.