Kurma Telur Special

Ramuan / Bahan

Telur (ikut le berapa nak masak)
Kobis
Santan pekat (mengikut keperluan)
Serbuk Kurma (dicampurkan sedikit air)
1 labu Bawang Besar (dibahagikan lapan tanpa memutuskan ia dari labunya. potong dari atas bawang tanpa mengenai bawah bawang... susah nak cerita.. paham-paham sendiri la)
1 Labu bawang kecil (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
1 batang kayu manis
2 ulas bunga lawang
Sedikit minyak masak


Cara-cara

1) Rebus telur sehingga masak. Sejukkan dan buangkan kulitnya
2) Tumiskan bawang putih dan merah sehingga wangi
3) Masukkan kurma bersama kayu manis dan bunga lawang. Tunggu sehingga naik minyak
4) Masukkan garam
5) Masukkan santan pekat, kobis, telur dan bawang besar.
6) Tunggu sehingga kobis layu dan bawang besar menjadi keputihan.
7) Padamkan api, angkat dan hidang.