Karamel Coklat

Ramuan / Bahan

2¾ cawan tepung serbaguna
2½ cawan kacang pecan (dicincang)
2 cawan mentega (dilembut) 1 cawan coklat chip (semisweet)
½ cawan gula halus
¼ cawan sirap jagung

Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 190C. Sapukan dulang pembakar berukuran 15x10 sm dengan mentega. Pukul satu cawan mentega dan gula halus hingga berkrim. Kemudian masukkan telur dan pukul hingga kembang. Masukkan tepung serbaguna dan gaulkan hingga sebati. Masukkan doh ke dalam dulang pembakar. Tekankan supaya mampat dan rata. Bakar selama 20 minit atau hingga masak. Karamel; satukan lebihan mentega, gula perang dan sirap jagung dalam periuk. Masak dengan api sederhana hingga mendidih sambil dikacau selalu. Kemudian didihkan lagi selama dua minit tanpa dikacau. Seterusnya, masukkan kacang pecan, gaul dan diangkat. Curahkan karamel ini atas doh dan bakar selama 20 minit. Taburkan coklat chip ketika karamel panas. Tekankan agar terbenam sedikit. Sejukkan sebelum dipotong empat persegi. Simpan di dalam bekas kedap udara.