Kuah Pedas Telur

Ramuan / Bahan

30 gm jintan putih
15 gm halba campur (halba bercampur biji sawi)
10 gm lada hitam
5 biji telur ayam
6 ulas bawang putih
2 labu bawang merah 2 gelas air asam jawa
6 helai daun kari
1 sudu besar minyak
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara-cara

Tumbuk atau mesin jintan putih, bawang putih dan lada hitam. Jerang air asam jawa bersama bahan-bahan yang telah ditumbuk dan kacau selalu. Apabila mendidih pecahkan telur sebiji-sebiji ke dalam kuah ini. Biarkan te;ur itu masak di dalam air mendidih. Sementara itu mayang bawang merah dan tumis bersama halba campur dan daun kari. Kacau hingga kuning. Tuangkan tumisan ke dalam kuah yang sedang mendidih. Masukkan gula dan garam. Kacau perlahan-lahan selama 1-2 minit dan angkat.