Kacang Bendi Goreng Bertelur

Ramuan / Bahan

Bahan A :
10 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan sebesar ibu jari
Sedikit garam dan gula
Minyak masak untuk menumis
2 keping asam keping (jika suka)

Bahan B:
10 batang kacang bendi-dipotong 3
2 biji telur ayam

Cara-cara

Bahan A dikisar halus.
1.Minyak masak dipanaskan
2.Tumis bahan A tadi.Masukkan asam keping jika suka.
3.Biarkan bahan tumis tadi sehingga garing/naik bau.
4.Pecahkan telur dan biarkan ia masak seketika.
5.Masukkan bendi yagn telah dipotong tadi.Tunggu sehingga bendi masak dan angkat serta hidang.