Hot Dog With Egg

Ramuan / Bahan

1 biji telur
1 roti hotdog
1 batang hotdog
Lada hitam
Salad 3 hiris timun
Cili sos
Mayoneese
Planta

Cara-cara

mula mula panaskan kuali leper. belah roti hotdog tapi jangan putus. sapu planta di roti hotdog dan bakar ia di atas kuali leper yang telah panas tadi sehingga kekuningan. Selepas siap, letak roti itu di dalam pinggan dan susun timun dan salad. hias ia dengan sos cili dan mayoneese. menggunakan periuk leper tadi, goreng hotdog dengan planta dan lada hitam.selepas itu, letak hotdog yang telah siap digoreng ke dalam pinggan asing. menggunakan kuali leper tadi, pukul telur dan goreng ia. tebarkan menjadi sebesar kuali leper itu.letak hotdog yang siap digoreng di atas telur goreng dan gulungkan hotdog itu. letak ia diatas roti hotdog.