Goreng Telur Bersama Tuna

Ramuan / Bahan

1 Tin Tuna Pedas (Ayam Brand)
2 Ulas Bawang Putih
1cm Halia
Lobak Masin cincang

Empat Biji Telur
Sebiji Bawang Besar (dihiris)
2 Tangkai Daun Sup (dihiris halus)
Sedikit Lada Sulah

Cara-cara

Tumis bawang putih bersama halia hingga garing, kemudian masukkan lobak masin. Biar dua minit masukkan tuna dan masak sehingga garing / lima minit. Sementara itu pecahkan telur campur sedikit lada sulah dan daun sup. Setelah bahan tuna garing masukkan telur dengan cara pukulkan sambil tuangkan kedalam kuali. Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dihiris. Angkat.