Cendawan Berinti

Ramuan / Bahan

8 biji telur, jenis kecil, direbus dan direndam di dalam air
4 tangkai daun bawang, dicincang
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1 camca besar mentega
Garam secukupnya 8 keping daging salai
Lidi Koktel
4 biji tomato, dibelah dua
1 camca besar mayonis
Daun salad, dipotong halus

Cara-cara

Kupas telur dan hiris sedikit pada bahagian tirusnya supaya ia mudah tegak. Hiris bahagian atas telur supaya mudah mengeluarkan kuningnya. Hancurkan kuning telur dan campurkan ia bersama daun bawang, sos cili, sos tomato, mentega dan sedikit garam. Masukkan semula campuran kuning telur ke dalam putih telur tadi.Potong daging salai, lebar sedikit daripada hujung telur dan letakkan daging supaya mudah ditenggekkan tomato. Picitkan mayonis berbintik-bintik pada tomato. Letakkan telur-telur berbentuk cendawan pada salad di dalam piring.