Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kacang Walnut Oren

Ramuan / Bahan

2½ cawan tepung serbaguna
1 cawan mentega
1 cawan gula halus 28 g coklat masakan
1 biji telur
1 sudu kecil vanila

Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 190C. Sapukan dulang pembakar dengan mentega. Ketepikan. Cairkan coklat masakan dengan api yang perlahan. Ketepikan. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukan tepung serbaguna, garam, esen vanila dan gaulkan hingga sebati. Asingkan dua cawan doh. Campurkan coklat dalam satu doh dan uli hingga lembut. Sementara satu lagi dibiarkan ke warna asal. Simpan doh ini dalam peti sejuk selama 20 minit. Keluarkan doh vanila dan canaikan setebal 0.5 sm. Potong ukuran 5x4 sm bentuk empat segi bujur. Kemudian uli panjang adunan coklat dan potong selebar 5 inci. Letakkan adunan coklat di tengah adunan vanila. Gulungkan adunan tersebut dam masukkan ke dalam acuan biskut dengan muncung bentuk bintang. Tekan atas dulang pembakar. Bakar selama 10 minit hingga masak.