Udang Celur Bercili

Ramuan / Bahan

100 gm udang besar dibuang kulit
25 gm cili boh
100 gm bawang besar dihiris 1 camca teh gula
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Panaskan air dan celur udang. Angkat dan toskan. Panaskan minyak tumis bawang hiris hingga garing. Masukkan cili boh. Kacau rata. Masukkan gula dan garam. Apabila cukup masak baru diangkat. Ketika menghidangkan, susun udang dan curahkan sambal.