Udang Brastagi

Ramuan / Bahan

2 ekor udang yang besar
2 labu bawang besar
5 biji cili merah 1 ulas bawang putih
½ cawan minyak makan
Sedikit garam dan gula

Cara-cara

Udang dibersihkan kemudian digaulkan dengan sedikit garam halus dan goreng hingga kuning. Cili merah digiling halus bersama dengan bawang putih. Bawang besar dimayang kemudian panaskan minyak dan tumiskan hingga kuning, lepas itu masukkan cili, garam dan gula. Bila sudah garing, masukkanudang dan balik-balikkan hingga sama rata. Hiaskan dengan salad, tomato, cili merah dan daun bawang semasa menghidangkannya.