Udang Besar Masak Sechuan

Ramuan / Bahan

600 gm udang besar
20 biji cili kering jenis panjang
25 gm asam jawa campur
½ cawan air
2 labu bawang besar disagat halus
2 sudu cuka ½ sudu teh gula
2 sudu teh kicap cair
1 sudu teh sos tiram kalau suka
½ sudu serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk cili

Cara-cara

Bersihkan udang. Toskan. Gaulkan garam dan serbuk kunyit. Hiris cili nipis-nipis (menyerong). Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar yang telah disagat itu. Masukkan serbuk cili dan cili yang dipotong-potong. Kacaulah sehingga cili wangi. Masukkan udang. Kacau rata-rata. Manakala uadang kemerahan masukkan air asam, cuka, kicap cair dan sos tiram. Kacaulah sehingga sebati. Manakala kuahnya berminyak angkat. Hidangkan panas-panas.