Udang Berselera

Ramuan / Bahan

3 sudu besar minyak
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
½ kg udang sederhana besar
3 sudu besar air
1 camca besar gula pasir
1 biji limau nipis
3 papan petai dibuang kulitnya
3 sudu besar cencaluk
8 biji cili padi
3 biji cili merah

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis bawang besar juga bawang putih hingga wangi.

Masukkan udang. Biar hingga ia separuh masak sambil dikacau selalu.

Masukkan air bersama gula pasir, perahan limau nipis, petai dan cencaluk. Kacau hingga sebati dan petai layu.

Masukkan cili padi dan cili merah. Kacau sebati.