Udang Batu Karang Bercili

Ramuan / Bahan

700 gm udang galah
10 gm gula
10 gm sos ikan
20 gm sos tiram
10 gm sos perasa Maggi
200 ml minyak masak
120 gm pes cili
Sedikit tepung ubi Bahan-bahan dihiris:
50 gm cili merah
50 gm cili hijau
150 gm daun bawang
50 gm cendawan 'straw'
20 gm daun selasih
50 gm bawang putih
100 gm daun ketumbar

Cara-cara

Udang galah di belah dua. Keluarkan isi udang. Taburkan sedikit tepung ubi di atas isi udang. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng hingga kulit udang galah kuning. Biar hingga sejuk. Goreng isi udang hingga kuning. Masukkan semua bahan hiris dan pes cili. Kacau hingga sebati. Masukkan sos tiram, sos ikan, sos perasa Maggi dan gula. Apabila masak masukkan isi udang ke dalam kulitnya.