Udang Bakar Berkeju

Ramuan / Bahan

25 gm mentega
25 gm tepung gandum
300 ml susu segar
Garam
Lada sulah 3 camca besar parsli (dicincang)
300 gm udang besar (buang kulit)
6 biji telur rebus (hiris nipis)
3 camca besar keju cheddar

Cara-cara

Panaskan mentega, masukkan tepung gandum. Kacau seminit.

Masukkan susu, kacau sehingga pekat dan menjadi krim putih.

Masukkan garam, lada sulah dan parsli.

Atur udang dan hirisan telur. Tuang krim putih dan taburkan keju.

Bakar lebih kurang 15 - 20 minit pada suhu 220 darjah Celcius.