Tomyam Seafood Bersantan

Ramuan / Bahan

2 ekor ketam ,potong 4
2 ekor sotong
20 ekor lala
3 batang jagung muda
cendawan tiram
1 bawang besar potong 6
3 batang serai
lengkuas 1 cm pes tom yam 2 camca besar
3 camca besar perahan limau nipis
5 helai daun limau purut,di carikkan
½ cawan santan segar
1camca besar nampla
2 camca serbuk udang cili
garam + gula secukup rasa
8 cili api dipecah kan

Cara-cara

rebuskan 3 cawan air bersama pes tomyam,serai,lengkuas,ciliapi,nampla,serbuk udang cili,bawang besar dan daun limau purut.kemudian masukkan ketam dikuti sotong dan lala serta sayuran.masukkan santan dan perahan limau nipis serta garam dan gula,biarkan menggelegak seketika sebelum dihidangkan