Tomyam Asli Ma

Ramuan / Bahan

Segenggam daging dihiris
Ayam (bahagian isi) dipotong kecil2
Udang sederhana besar (15 ekor)
Daun limau purut (6 helai)
Batang saleri (2 batang)
Cili merah (4 biji)
Cili api
Bawang Besar merah (tapi yang warna putih)
Sayur-sayuran:-
Tomato
Jagung muda
Bunga kobis


Cara-cara

1. Masukkan daging dalam periuk bersama air berserta kisaran cili merah dan cili kampung. (Kalau nak pedas, letak banyak sikit dalam 10 tangkai cili api)
2. Siatkan daun limau purut dan masukkan.
3. Bila dah mendidih, masukkan hirisan ayam dan udang.
4. Potong batang saleri dan bawang besar merah berwarna putih dan masukkan.
5. Masukkan perencah 'HILAL'.
6. Masukkan garam secukup rasa.
7. Masukkan semua sayuran.