Tomyam

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (dipotong kecil-kecil)
(boleh diganti dengan sotong, udang dll)
2 paket/4 sudu besar pes tomyam
2 biji bawang besar
Halia (sebesar ibu jari kaki)
½ biji kobis
½ biji bunga kobis
5 biji tomato
4 biji limau nipis (ambil airnya)
Setangkai daun limau purut
3 batang serai (ditumbuk)
10 biji cili padi (ditumbuk jangan hancur)
8 batang jagung muda

Cara-cara

Tumis bawang besar dan halia yang telah dihiris. Masukkan pes tomyam dan tunggu sehingga naik minyak dan baunya.

Masukkan ayam, cili padi dan serai, kacau dan jika terlalu kering tambah sedikit air. Tutup dengan penutup periuk dan biarkan seketika hingga ayam masak.

Bila ayam masak, tambah sebanyak mana air yang dimahukan dan tunggu sehingga menggelegak sebelum di masukkan bahan-bahan yang lain.

Setelah itu masukkan semua jenis sayur kecuali tomato dan air limau nipis yang perlu dimasukkan akhir sekali sebelum menutup api dapur. Tambah garam dan perasa secukupnya.