Tomato Berinti Udang

Ramuan / Bahan

8 biji tomato, dibuang isinya
250 gm udang, dibersihkan dan dikerat dua
Sedikit daun ketumbar
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya

Bahan-bahan dimayang:
1 biji bawang besar
4 tangkai cili hijau
3 ulas bawang putih Bahan-bahan dihiris halus:
50 gm bunga kubis
50 gm cendawan butang
1 tangkai daun bawang

Bahan-bahan digiling:
1 camca teh ketumbar
1 camca teh serbuk cili
1 camca teh lada hitam
½ camca teh jintan putih
½ camca teh serbuk kunyit

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan mayang hingga wangi. Kemudian masukkan bahan-bahan hiris. Biar 5 minit baru masukkan bahan-bahan giling. Kacau hingga sebati. Masukkan udang dan daun ketumbar. Kacau hingga rata. Apabila masak isikan di dalam tomato yang dikorek isinya. Kemudian dibakar di dalam ketuhar 10 minit.