Tom Yam Udang

Ramuan / Bahan

½ kilo udang - dibelah belakang dan dibersihkan
2 biji bawang besar
2 ulas bawang kecil
3 batang serai
2 biji tomato
Lengkuas sebesar ibu jari 4 helai daun limau purut
10 biji cili api
1 batang lobak merah
½ kilo tulang ayam - direbus dengan 4 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara

Hiris halus bawang besar, bawang kecil dan lobak merah. Masukkan bahan hiris, daun limau purut, serai, cili padi dan lobak merah ke dalam periuk rebusan tulang ayam. Masukkan garam.
Biar menggelegak baru masukkan tomato dan udang. Biar lima minit dan bolehlah diangkat.