Tom Yam Thai

Ramuan / Bahan

Ayam(ikut keperluan)
Udang(ikut keperluan)
Sotong(ikut keperluan)
3 ulas bawang putih(ditumbuk kasar)
3 biji buah tomato(mesin hancur)
Garam(secukup rasa)
Gula(secukup rasa) 1 batang serai(ditumbuk kasar)
2 hiris lengkuas(ditumbuk kasar)
1 hiris halia(ditumbuk kasar)
3 helai daun limau purut
3 biji cili api(ditumbuk kasar)
½ biji limau nipis

Cara-cara

1.Sediakan ayam,udang dan sotong,bersihkan dan toskan.
2.Mesinkan buah tomato hingga hancur.Ketepikan.
3.Tumbukkan cili api,serai,lengkuas dan halia.
4.Panaskan kuali,masukkan bawang putih yang ditumbuk dan goreng hingga kekuningan,diikuti oleh cili api,lengkuas,halia dan serai.
5.Masukkan buah tomato yang dimesin dan goreng hingga naik bau.(2-4 minit)
6.Kemudian,masukkan daun limau purut dan diikuti oleh ayam,udang dan sotong.
7.Gaul rata dan masak sehingga ayam,udang dan sotong masak.(5-7 minit)
8.Masukan daun limau nipis,garam,gula dan perahkan limau nipis mengikut keperluan.
9.Rasakan dan tutup api.