Tom Yam Siam

Ramuan / Bahan

300g ayam
10 ekor udang
4 daun limau purut
5 biji tomato
4 ulas bawang besar (di mayang)
2 biji lobak merah
1 paket cendawan putih
2 batang serai (di tumbuk sedikit)
1 sudu paste tom yam siam
10 biji cili padi (ditumbuk sikit)
5 biji limau kasturi (tlh diperah)
garam (sesedap rasa)
gula (sesedap rasa)
sedikit ajinomoto

Cara-cara

Masakkan air sehingga mendidih.
Kemudian masukkan ayam,udang dan serai.
Biarkan seketika,kemudian masukkan tomato tadi dan biarkan ia kecut.
Lenyekkan sedikit tomato tadi dan masukkan kesemua bahan-bahan sayur serta air perahan limau yang telah ditapis tanpa biji beserta paste.
Masukkan garam,gula dan ajinomoto.