Sotong Sumbat Pulut

Ramuan / Bahan

1 cawan pulut, direndan dan disejat
Minyak untuk menumis
100 gm gula merah
2 cawan santan
10 ekor sotong, dibersih dan diasingkan kepalanya
1 helai daun kunyit
Sedikit garam Sedikit gula
3 ulas bawang putih-dikisar
150 gm bawang merah-dikisar
30 gm halia-dikisar
30 gm serai-dikisar
30 gm kunyit hidup

Cara-cara

Kukus pulut hingga masak. Sejukkan seketika. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan dikisar hingga naik bau. Masukkan gula merah dan sedikit santan. Masak hingga pekat. Gaul bahan yang di tumis tadi bersama pulut hingga rata. Sumbat pulut ini ke dalam sotong dan berhati-hati semat sotong dengan lidi supaya pulut tidak terkeluar ketika dimasak. Masak baki santan bersama daun kunyit, garam dan gula hingga pekat. Masukkan sotong dan kacau perlahan-lahan hingga sotong masak. Hidangkan panas-panas.