Sotong Sumbat Berkunyit

Ramuan / Bahan

15 ekor sotong putih
300 gm isi udang
300 gm isi ikan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
150 gm daun bawang
30 gm serbuk kunyit 5 tangkai cili merah
2 biji kelapa tua
400 gm bawang besar (tumbuk lumat)
200 gm rempah basah
3 keping asam keping / gelugur
3 biji tomato

Cara-cara

Sotong putih dibersihkan. Udang & ikan juga dibersihkan. Sebelum ditumbuk lumat
gaulkan bersama-sama garam (secukup rasa) & daun bawang potong. Sumbatkan bahan-bahan di atas ke dalam sotong sebelum direbus. Masukkan sedikit serbuk kunyit ke dalam periuk berisi air. R%ebus beberapa minit sehingga sotong menjadi lembut.
Kuah Sotong:
Masak pati santan, masukkan rempah basah, kunyit serbuk, asam keping, bawang besar, tunggu sehingga mendidih. Masukkan tomato & cili merah yang dibelah 2. Masukkan garam & gula secukup rasa.