Gelang Kismis & Oats

Ramuan / Bahan

200 ml Minyak Bunga Matahari(Sunbeam)
100 gm marjerin
200 gm gula kastor
50 gm gula perang 30 ml susu segar
50 gm oat
70 gm kismis

Bahan-bahan diayak:
310 gm tepung serba guna
1 sudu teh serbuk penaik

Cara-cara

Pukul marjerin & gula hingga kembang & masukkan minyak & kacau sehingga rata. Masukkan tepung, uli perlahan-lahan & tuangkan susu. Gaulkan oats & kismis ke dalam campuran tepung & uli. Canai doh setebal 1 cm & terap dengan penerap bentuk bulat berlubang tengah. Bakar pada suhu 180'C selama 15-20 minit hingga kekuningan. Sejukkan sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.