Sotong Sumbat Bercili

Ramuan / Bahan

5 ekor sotong
1 mangkuk kelapa parut]
5 ulas bawang merah ] dikisar atau
2 ulas bawang putih ] digiling bersama
3 sudu besar cili giling
1 sudu besar cuka 1 sudu teh gula
5 batang lidi untuk penyucuk
3 sudu besar minyak kelapa
2 labu bawang besar - dimayang
Garam dan ajinomoto

Cara-cara

Sotong dibuang kepalanya. Cabutkan kepala sotong dan bersihkan semuanya. Masukkan kelapa yang telah dikisar ke dalam perut sotong. Kemudian masukkan semula kepala sotong dan sematkan di atasnya. Buatlah begini hingga habis. Masukkan minyak ke dalam kuali. Kemudian gorengkan sotong. Setelah sotong masak masukkan cili giling, cuka, gula, garam, ajinomoto dan 1 cawan air sejuk. Goreng-gorengkan hingga kering dan sotong empuk. Setelah itu masukkan bawang besar. Gorengkan sekejap, kemudian bolehlah angkat untuk dihidangkan.