Sotong Salud Ranggup

Ramuan / Bahan

300 gm sotong - bersihkan
2 cawan tepung naik sendiri
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar ketumbar -ditumbuk
1 sudu kecil jintan manis -ditumbuk 1 sudu kecil jintan putih -ditumbuk
1 sudu kecil lada hitam -ditumbuk
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Gaul kedua jenis tepung, campurkan dengan bahan tumbuk dan garam bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampur telur dan air, adun hingga menjadi seperti batter untuk menggoreng pisang. Panaskan minyak celup sotong dalam batter dan golekkan ke dalam satu lagi bahagian tepung yang masih tinggal, goreng hingga kuning. Hidangkan dengan sos cili.