Sotong Masak Hitam Ala Melaka

Ramuan / Bahan

500g m Sotong
½ sudu teh jintan manis (ditumbuk)
½ sudu teh lada hitam (ditumbuk)
½ inci halia
2 batang serai(dititik)
2 ulas bawang merah
1 labu bawang besar(dihiris) 2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar
Asam jawa secukup rasa
Garam
Gula
Serbuk perisa (jika suka)

Cara-cara

Bersihkan sotong dan tinggalkan 3 ketul dakwat sotong.Tumis semua bahan-bahan tadi hingga naik bau dan masukkan cili, setelah cili garing masukkan asam jawa dan sotong. (kalau terlalu kering boleh tambah air) bubuh garam,sedikit gula dan perasa. Tunggu sampai sotong masak. Angkat.
(Tip: Jangan kacau sangat, takut dakwat pecah)