Sotong Masak Hitam

Ramuan / Bahan

halia dikisar
garam
gula
perasa tambahan(jika suka)
1kg sotong disiang tanpa membuang cecair hitam
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu lada kering yang telah dikisar
2 sudu sos tomato

Cara-cara

panaskan minyak di dlm kuali. tumiskan lada kering yg tlh dikisar. kemudian mskkan bawang besar, bwg putih dan halia yang telah dikisar.biarkan seketika hgga naik bau.letakkan sos tomato.letakkan garam, sedikit gula dan perisa tambahan mengikut citarasa.letakkan 3 gelas air.biarkan hingga mendidih hgga kelihatan pekat sedikit. mskkan sotong. biarkan hgga 7-9 minit kemudian angkat.