Fun Cookies

Ramuan / Bahan

2 cawan tepung serbaguna
½ sudu kecil serbuk penaik
1 cawan mentega - lembutkan
½ cawan gula perang
1 biji telur
Sedikit esen vanila 2/3 cawan gula kastor
½ cawan chocolate chips
½ cawan badam cincang
2 sudu besar cincangan halwa kulit oren
2 bungkus coklat warna warni

Cara-cara

Krim mentega dengan gula dipukul hingga putih, campurkan esen vanila, pukul lagi. Kaup balik tepung yang dicampurkan dengan serbuk penaik ke dalam adunan mentega. Masukkan chocolate chips, badam cincang diikuti halwa kulit oren. Gaul sebati. Sudukan sesudu adunan ke atas dulang pembakar berleser mentega gunakan garpu untuk membulatkannya. Hias dengan tiga biji coklat warna-warni, jarakkan setiap satu anggaran 4 cm untuk membolehkan cookies kembang dan bakar dalam ketuhar yang panasnya 375'F hingga kuning. Simpan dalam bekas kedap udara.