Sotong Kentang

Ramuan / Bahan

500 gm sotong besar, dibersihkan dan direbus
350 gm kentang
1 ½ camca teh serbuk lada sulah
2 camca besar bawang goreng 1 camca teh serbuk ketumbar
1 camca teh serbuk jintan putih
1 camca teh serbuk jintan manis
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Kentang digoreng dan dilecek. Ambil beberapa ekor sotong rebus dihiris halus. Gaul kentang bersama sotong hiris. Masukkan serbuk lada sulah, bawang goreng, jintan manis, jintan putih, garam dan serbuk perasa. Gaul hingga sebati. Kemudian masukkan adunan kedalam badan sotong dan goreng hingga garing.