Sotong Kembang Kacang Gajus

Ramuan / Bahan

500 gm sotong kembang
100 gm kacang gajus
2 camca besar sos tomato
2 camca besar sos tiram
2 camca besar tepung jagung
1 senduk besar minyak
½ cawan air asam jawa
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya Bahan-bahan di kisar:

10 tangkai cili merah
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sm halia

Cara-cara

Sotong kembang dibersihkan dan dikelar seperti sisik. Rebus hingga separuh masak. Gajus digoreng dan ditumbuk kasar. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan sos tiram, sos tomato dan gajus. Kacau rata. Apabila sebati masukkan sotong, garam, gula, air asam jawa, dan serbuk perasa. Kacau lagi. Masukkan tepung jagung. Apabila kuahnya pekat dan berkilat angkat dan hidangkan.