Sotong Ceria

Ramuan / Bahan

Sotong (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk kari 2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili kering yang sudah dikisar
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar minyak masak
Garam, gula, dan ajinomoto secukup rasa.

Cara-cara

1) Gaulkan bahan-bahan yang sudah dikisar dengan serbuk kunyit dan serbuk kari.
2) Tumiskan bahan-bahan yang sudah digaul sehingga naik bau.
3) Masukkan sotong.
4) Masukkan sos tiram, kicap, dan cili kering yang sudah dikisar, dan masak selama 3 hingga 5 minit.
5) Masukkan garam, ajinomoto, dan gula secukup rasa.
6) Tambahkan air jika mahu masakan lebih berkuah.