Sotong Berinti Kelapa

Ramuan / Bahan

1 kati sotong yang sederhana besarnya
½ biji kelapa
1 sudu teh jintan manis
1 potong halia
5 biji cili kering
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Garam dan asam jawa Bahan untuk kuahnya:
1 genggam cili kering
1 mangkuk kecil santan
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai

Cara-cara

Sotong dicuci tetapi jangan dibuang kepalanya. Cili kering, serai, bawang merah dan bawang putih serta halia digiling halus. Kemudian masukkan kelapa tadi digiling lagi sampai rata. Setelah itu gaulkan dengan sedikit asam jawa dan garam. Setelah itu sumbatkan bahan-bahan yang digiling tadi ke dalam perut sotong kemudian masukkan kepala sotong tadi dan ketepikan semula.

Cara membuat kuahnya:
Cili kering, serai digiling halus. Bawang putih dan halia dimayang halus kemudian ditumiskan setelah agak kering masukkan pula cili yang telah digiling tadi biarkan hingga kering sedikit barulah masukkan santan. Setelah santan mendidih dan pecah minyak masukkan pula sotong dan masak lagi sehingga sotong betul-betul masak dan empuk. Sesuaikan rasanya dan bolehlah diangkat untuk dihidangkan.