Sotong Berinti Pulut

Ramuan / Bahan

600 gm sotong
1 cm halia
2 sudu besar minyak
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 ½ cawan pulut
2 biji cili merah 1 biji kelapa
1 batang serai
4 labu bawang merah
Garam secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan sotong dan biarkan seekor-seekor. Tanak pulut sehingga masak. Ambil pulut yang telah masak, isikan ke dalam perut sotong satu persatu. Ketepikan. Mesin atau tumbuk serai, bawang merah, halia dan jinta manis. Belah cili merah. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan adunan yang dimesin. Masukkan santan dan kacau. Masukkan sotong, cili merah dan garam. Kacau selalu. Apabila mendidih angkat.