Sotong Sumbat Laksmana

Ramuan / Bahan

1 kg sotong putih

Bahan untuk inti sotong:

350 gm ayam (dikisar)
200gm udang (dikisar)
200 g isi ikan (dikisar)
5 gm cili padi (dikisar)
20 gm cili merah (dikisar)
20 gm bawang merah (dikisar halus)
20 gm bawang putih (dikisar halus)
10 gm halia (dikisar halus)
3 batang serai (dikisar halus)
4 helai daun limau nipis (dimayang)
1 helai daun kunyit (dimayang)
5 biji limau kasturi
10 gm serbuk kunyit
80 ml minyak masak
Garam secukup rasa Bahan untuk sos:

50 gm bawang merah
20 gm bawang putih
20 gm halia
6 batang serai
2 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
5 gm cili padi
1 helai daun kunyit (dihiris)
2 helai daun limau (dihiris)
250 ml santan pekat
Sedikit garam dan gula melaka

Cara-cara

Sotong dibersihkan seekor-seekor. Kemudian gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.

Untuk intinya, campurkan bahan-bahan yang dikisar dengan ayam, isi ikan, udang, daun limau, daun kunyit serta perahan air limau kasturi. Kemudian diperap sebentar.

Masukkan inti ke dalam sotong. Gunakan lidi untuk mengikat sotong supaya tidak pecah.

Kemudian bakar di dalam ketuhar selama 25 minit dengan suhu 180 darjah Celcius.
Kemudian hidangkan sos santan pekat.

Bagi cara membuat sos pula, campurkan semua bahan yang dikisar, hirisan daun kunyit dan daun limau dengan santan pekat.

Masak sehingga ia mendidih. Masukkan garam dan gula melaka secukup rasa. Biar ia sehingga pekat.

Dalam cara menghidangkannya, potong dua sedikit menyerong sotong yang sudah masak lalu disusun di dalam pinggan.

Kemudian tuangkan sos di atas sotong.